SEMESTA YANG HILANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Multiman PS3 4.11.rar
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

» Fakta menarik bung
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby swordmaster Mon Mar 07, 2011 7:18 pm

» Fakta Aneh Tentang Einstein
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby swordmaster Sun Mar 06, 2011 12:40 am

» 6 Tingkatan Iman
Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeby swordmaster Sat Mar 05, 2011 1:10 pm

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
Sayembara (108)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
Alexanderwathern (88)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
swordmaster (78)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
misspearl (64)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
ibuKA (39)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
ismatai (17)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
why me (10)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
efairy (8)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
indra (7)
Hujan air batu di Malaysia Vote_lcapHujan air batu di Malaysia Voting_barHujan air batu di Malaysia Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

 

 Hujan air batu di Malaysia

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Sayembara
LANGIT PERTAMA
LANGIT PERTAMA
Sayembara


Posts : 108
Join date : 2009-06-25
Location : Alam Makhluk

Hujan air batu di Malaysia Empty
PostSubject: Hujan air batu di Malaysia   Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeThu Oct 01, 2009 11:05 pm

JERANTUT 30 Sept. - Lebih 4,000 penduduk di lima kampung dan satu tanah rancangan Felda di Tembeling Tengah dekat sini gempar apabila kediaman mereka dilanda hujan air batu dalam kejadian ribut di Tembeling Tengah dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.40 petang itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rumah di Kampung Cebong, Kampung Pasir Sia, Kampung Air Hitam, Kampung Selimbar, Kampung Kekura dan Felda Sungai Retang rosak teruk akibat hujan air batu tersebut.

Kejadian selama 35 minit itu bermula dengan hujan lebat pada pukul 7.40 petang ketika umat Islam selesai menunaikan solat Maghrib disusuli angin kencang dan hujan batu bersaiz sebesar penumbuk orang dewasa.

Salah seorang penduduk Kampung Kekura, Siti Noriah Mohd. @ Mad Isa, 40, berkata, dia terkejut apabila hujan lebat dan ribut itu disusuli bunyi yang kuat seperti peluru menghujani bumbung rumahnya.

''Mendengar bunyi yang kuat pada bumbung dan ribut bertalu-talu, suami saya melaungkan azan untuk meredakan keadaan. Hanya Allah yang tahu perasaan keluarga kami ketika itu," katanya.

Siti Noriah berkata, angin kuat yang menerbangkan atap rumahnya menyebabkan ketulan ais berwarna putih bertaburan di ruang dapur dan halaman rumahnya.

''Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku di kampung ini dan saya bersyukur walaupun rumah rosak teruk tetapi tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Cebong, Mariah Mat Taib, 50, berkata, dia yang tinggal bersendirian di rumah ketika kejadian, tiba-tiba terdengar bunyi kuat menimpa bumbung rumahnya.

''Bumbung bilik tidur rumah kami bocor dan cermin tingkap pecah dihujani air batu sebesar penumbuk orang dewasa," katanya.

Dalam keadaan cemas, kata Mariah, dia sempat mengutip ketulan ais yang tercampak di ruang tamu rumahnya.

Dia berharap pihak berkuasa dapat membantu untuk membaik pulih rumahnya kerana suaminya berpendapatan rendah.

Sementara itu, peneroka Felda Sungai Retang, Bakar Dollah, 66, berkata, semasa kejadian, dia dan isterinya yang sedang berehat dalam rumah melihat atap rumahnya diterbangkan angin manakala ketulan ais jatuh berselerakan di ruang tamu.

''Rasa cemas dan takut tidak dapat digambarkan lagi apabila mendengar dentuman ketulan ais selama setengah jam itu.

''Tanpa memikirkan keselamatan diri, kami segera menyelamatkan barang-barang penting sebelum kejadian lebih buruk berlaku," katanya.

Menurut Bakar, dia berharap pihak pengurusan Felda membantu menggantikan atap rumahnya atau menyegerakan pembinaan rumah barunya menerusi skim pinjaman perumahan yang diluluskan Felda baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak ketika melawat mangsa kejadian berkata, bencana itu merupakan pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

''Saya memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan bencana bernilai RM500 kepada setiap mangsa termasuk barangan keperluan seperti selimut, kain, bantal dan tikar," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm
Back to top Go down
http://lostuniverse.blogspot.com/
swordmaster
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI
swordmaster


Posts : 78
Join date : 2009-07-11

Hujan air batu di Malaysia Empty
PostSubject: Re: Hujan air batu di Malaysia   Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeFri Oct 02, 2009 10:37 pm

KUALA LUMPUR 2 Okt — Kejadian hujan air batu sebesar sebiji cawan di Jerantut, Pahang Isnin lepas bukan suatu fenomena biasa di negara beriklim Khatulistiwa, kata pegawai Kaji Cuaca Jabatan Alam Sekitar (JAS) Zureen Norhaizatul Che Hassan, hari ini.

Katanya, faktor iklim yang sentiasa panas dan hujan di negara yang berada dalam grid Khatulistiwa tidak memungkinkan berlakunya pembentukan ketulan ais sebesar itu di ruang atmosfera negara.

“Kita perlu kaji dengan teliti terlebih dulu kandungan air batu yang jatuh di Jerantut itu sebelum membuat sebarang andaian.

“Lebih penting, kita perlu berbalik kepada hujah dinamik fizik ... tak boleh pada hujah umum atau lebih tepat kita perlu melihat fizik awan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Petang Isnin lepas, hujan turun bersama air batu sebesar cawan sehingga merosakan bumbung rumah penduduk di kawasan berkenaan manakala banyak pokok dan tiang elektrik yang tumbang akibat ribut petir.

Zureen berkata, kejadian pukul 7 malam itu juga suatu yang mengejutkan walaupun Malaysia pernah mengalami hujan air batu sebesar wang syiling 50 sen.

Selain itu, jika adapun, ia tidak melebihi saiz wang syiling 5 sen, katanya sambil manambah hujan air batu adalah fenomena biasa yang terjadi di negara bersalji.

“Masa zaman kanak-kanak saya dulu, saya pernah beberapa kali bertembung dengan kejadian hujan air batu, tetapi tidaklah sebesar yang berlaku di Jerantut Pahang itupun, rasa teruja untuk memungut ketulan air batu tapi, sebelum sempat (ais) masuk dalam mulut, ia sudah cair kerana saiznya terlalu kecil,” katanya.

Ketika ditanya mungkin faktor iklim dan suhu mempengaruhi pembentukan air batu di awan, Zureen berkata ia sukar untuk diperkatakan kerana sejak 30 tahun lalu hujan masih dalam julat sama iaitu 2,000 hingga 5,000 mm setahun dan ia berbeza mengikut geografi sesebuah kawasan.

Selain itu juga katanya, bacaan hujan dan suhu di seluruh negara sentiasa berubah.

“Faktor pengaruh peralihan monsun dan tiupan angin panas dan sejuk La-nina dan Al-nino memang ada tempias tetap ia juga tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada perubahan iklim di negara ini sehingga mampu membentuk bungkah ais di ruang angkasa negara.

“Bungkah atau ketulan ais di udara biasanya berlaku di negara yang bersuhu di bawah 0 darjah Celsius dan hal seperti ini tidak mungkin berlaku di Malaysia yang merentangi garisan Khatulistiwa,” katanya.

Sementara itu, pejabat Meteorologi Pahang ketika dihubungi berkata kejadian itu ada kaitan dengan taufan Ketsana yang melanda Filipina dan mula memasuki luar pantai Vietnam yang kedudukannya berhampiran dengan Semenanjung Malaysia.

Katanya, ekor taufan berkenaan bertembung dengan aktiviti awan Kumulonimbus yang membawa hujan dan ribut petir pada ketinggian 6,000 dan 9,000 meter dari paras bumi menyebabkan air bertukar menjadi ais dengan saiz ketulan yang besar di atmosfera dan tidak sempat mencair apabila memasuki ruang udara.

“Lewat petang dan awal malam Isnin lepas empat kawasan Jerantut, Bera, Maran dan Rompin dilanda hujan dan ribut petir, bagaiamanapun hanya Jerantut yang menerima hujan air batu,” katanya.

— BERNAMA http://satuumat.blogspot.com/2009/10/hujan-air-baru-sebesar-cawan-memang.html
Back to top Go down
swordmaster
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI
swordmaster


Posts : 78
Join date : 2009-07-11

Hujan air batu di Malaysia Empty
PostSubject: Re: Hujan air batu di Malaysia   Hujan air batu di Malaysia Icon_minitimeFri Oct 02, 2009 10:53 pm

Mau pengsan kalau kena hempap kepala tu. drunken
Back to top Go down
Sponsored content





Hujan air batu di Malaysia Empty
PostSubject: Re: Hujan air batu di Malaysia   Hujan air batu di Malaysia Icon_minitime

Back to top Go down
 
Hujan air batu di Malaysia
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: RUANG ILMU :: BUMI & PENGHUNINYA-
Jump to: