SEMESTA YANG HILANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Multiman PS3 4.11.rar
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

» Fakta menarik bung
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby swordmaster Mon Mar 07, 2011 7:18 pm

» Fakta Aneh Tentang Einstein
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby swordmaster Sun Mar 06, 2011 12:40 am

» 6 Tingkatan Iman
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeby swordmaster Sat Mar 05, 2011 1:10 pm

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
Sayembara (108)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
Alexanderwathern (88)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
swordmaster (78)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
misspearl (64)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
ibuKA (39)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
ismatai (17)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
why me (10)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
efairy (8)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
indra (7)
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_lcapKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Voting_barKFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

 

 KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu

Go down 
2 posters
AuthorMessage
ibuKA
ANGKASA LEPAS
ANGKASA LEPAS
ibuKA


Posts : 39
Join date : 2009-10-08
Age : 45
Location : KL

KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Empty
PostSubject: KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu   KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeMon Oct 12, 2009 2:08 pm

salam
kengkawan, cerita dibwh ini adalah benar. Tan Sri Muhammad Ali Hashim telah
ditemuramah oleh radion IKIM.fm pada bu lan April'09 & kebetu lan kita
mendengar nye di radio.








Kebenaran
Tanpa
Penghujung


Oleh
Muhammad Azli Shukri



"Manusia
menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah
orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak
kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya
memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit
daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila
seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot
barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel , saya tegaskan
bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan
bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau ber lan daskan kejahi
lan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah
disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu
pengetahuan pun kita begitu mal as. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih
gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran.
Lantaran itu, apabila kejahi lan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri
kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah di lan
carkan secara besar-besaran dalam ka lan gan bloggers, saya tidak tahu
sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahi lan
kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa
dalam ka lan gan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu
juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat
Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham
terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahi lan dan kebodohan
kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari
kebenaran, mal ah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak
ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpu lan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim
bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings
daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran,
demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila
kita mal as untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahi lan .
Dan apabila kejahi lan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah,
bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar
angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang
diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC
di seluruh Malaysia , tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid
menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih mal ang ,
kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka
yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka
sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga
masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok?
tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (ke ros akan)
ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh
memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai
begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC
Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika
Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke
sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat
tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi
pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- tern yat a
mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas,
masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan
kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia
hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa
cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma
membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal
di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri
Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan
para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000
orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika
para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada
masalah, silalah boikot. Tetapi mal angnya, yang kita tahu hanya memboikot,
apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rak yat Palestin kita
hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid.
Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita?
memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan
jumlah derma kita kepada rak yat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan
tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk
memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih
betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut,
jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal
(bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah
diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita
boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, mal ah jenama
syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada
dikaitkan dengan negara Israel .

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada
sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu
dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, mal ah KFC Malaysia adalah milik orang
Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel
. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh
JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rak yat Palestin. Semua ini memerlukan
kita berhati-hati sebelum memboikot.




saya percaya sbb husband member seopisku driver kepada Tan Sri. jadi sedikit sebanyak member opisku ini ada jugak berjumpa dgn Tan Sri dan Datin Sri. mmg mereka orang kaya yg tak kedekut. (bukan nk puji melangit) tapi Tan Sri ada mewakafkan salah sebuah saham dia utk kebajikan bernilai jutaan(tak igt saham mana pulak).

itu sahaja.
Back to top Go down
Alexanderwathern
BIMA SAKTI
BIMA SAKTI
Alexanderwathern


Posts : 88
Join date : 2009-07-11

KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Empty
PostSubject: Re: KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu   KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu Icon_minitimeTue Oct 13, 2009 12:02 am

Untuk menyeimbangkan maklumat dan pertimbangan kita, saya sampaikan pula hujah-hujah mereka yang tidak pro-KFC.

Kepada pihak-pihak yang pro-KFC, ayat yang sama juga dihadiahkan iaitu:
“Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya.”
Maksudnya pihak pro-KFC menolak pegangan pihak yang tidak pro kerana pihak pro tidak faham situasi sebenar.

Perkara utama yang mesti kita faham, mana-mana tuan punya sesuatu produk tidak akan memberikan ‘nama’ mereka secara percuma melainkan dengan bayaran yang tinggi. Dua buah kereta dikeluarkan di kilang yang sama dan punya serba-serbi spesifikasi yang sama. Satu diletakkan lambing Mercedes dengan kebenaran pihak Mercedes, manakala sebuah lagi menggunakan jenama sendiri iaitu jenama Cap Ayam. Yang berjenama Mercedes harganya puluhan ribu lebih mahal daripada yang berjenama Cap Ayam. Itulah hakikatnya. Ringkas cakap, menggunakan nama KFC bukan percuma. Jika tidak, McDonalds tak akan bawa ke mahkamah Restoran MacCurry/ MacKari. Cuba minta jawapan ikhlas daripada mereka yang terlibat, berapa banyak bayaran yang dibuat sebagai yuran penggunaan jenama KFC. Resepi pula, percuma ke?

Dan... jika hanya jenama yang membuatkan mereka diboikot, mengapa tidak terus saja bertukar jenama sebagai MFC- Malaysian Fried Chicken contohnya? Mengapa tidak ada usaha untuk menghapuskan terus yuran penggunaan jenama?

Tentang mereka yang merokok, pandangan kami tidak berbeza. Rokok juga sepatutnya lebih dahulu diboikot.

Jika pihak penguasa KFC di Malaysia sedar yang boikot ini boleh menjejaskan mata pencarian ribuan orang Islam pekerja mereka, mengapa tidak tukar saja kepada jenama lain? Mengapa mesti terus bergantung kepada nama KFC dan terus membayar yuran jenama? Malangnya kita tidak nampak pun sebarang usaha dalam hal ini.

Ini memahamkan kita bahawa mereka sebenarnya lebih memikirkan keuntungan wang berbanding nasib pekerja dan nasib umat Islam sedunia. Tanpa jenama KFC, bolehkah menggunakan resepi KFC? KFC boleh beri resepi rahsia mereka secara percumakah? Fikir-fikirkanlah. Tanpa resepi KFC dan jenama KFC, bolehkah mereka terus mengaut keuntungan? Ini semua tidak lain pasal duit. Macam-macamlah alasan dibuat untuk terus memenuhkan poket dengan wang. Sepatutnya mereka sanggup berkorban setelah bertahun-tahun mengaut keuntungan?

Langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh KFC Malaysia:

1. Berusaha untuk tukar kepada nama lain.
2. Berusaha untuk menghapuskan walau satu sen pun pengaliran wang kepada KFC dunia.

Secara automatik umat Islam tidak akan memboikot KFC Malaysia. Nasib para pekerja pun insyaallah lebih terjamin. Umat Islam pun tanpa was-was lagi akan ke KFC Malaysia.

Yang paling penting ialah melakukan usaha-usaha di atas, bukan menghabiskan masa mencari alasan-alasan kemanusiaan dan keagamaan agar wang yang amsuk ke kantong sendiri tidak berkurangan daripada biasa. Kita hendak melihat usaha, bukan hendak dengar alasan.

* Jadi kita timbang-timbangkan hujah kedua-dua belah pihak sebelum berpihak.
Back to top Go down
 
KFC Holdings..utk sesapa yg nak tahu
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: UMUM :: BICARA UMUM & ISU SEMASA-
Jump to: