SEMESTA YANG HILANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Multiman PS3 4.11.rar
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

» Fakta menarik bung
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby swordmaster Mon Mar 07, 2011 7:18 pm

» Fakta Aneh Tentang Einstein
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby swordmaster Sun Mar 06, 2011 12:40 am

» 6 Tingkatan Iman
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeby swordmaster Sat Mar 05, 2011 1:10 pm

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
Sayembara (108)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
Alexanderwathern (88)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
swordmaster (78)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
misspearl (64)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
ibuKA (39)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
ismatai (17)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
why me (10)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
efairy (8)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
indra (7)
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_lcapDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Voting_barDijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

 

 Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran

Go down 
AuthorMessage
ADMIN
Admin
Admin
ADMIN


Posts : 177
Join date : 2009-06-24
Location : The Lost Universe

Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Empty
PostSubject: Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran   Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran Icon_minitimeSat Jun 27, 2009 12:32 pm

Baru-baru ini saya dilorongkan Allah untuk menonton sebuah dokumentari tentang alam haiwan. Banyak juga perkara yang menjadi makanan enak buat otak saya, yang ingin saya kongsi bersama para pembaca.


PENGUIN


Burung penguin ini ada jenis-jenisnya. Emperor penguin boleh membesar sehingga tiga kaki tinggi. Orang makan tak burung ni? Entah. Tapi nampak macam sedap sebab badannya bulat. : ) Tidak dinafikan lagak dan rupa burung penguin nampak macam manusia. Pakai pula ‘baju kot’ hitam putih, macam seragam ke majlis-majlis rasmi. Yang paling mencuit hati adalah apabila burung ini bergerak di atas ais secara meluncur menggunakan perutnya. Laju saja perginya, macam main ski.


Sewaktu musim mengawan, ribuan burung penguin berkumpul setempat. Upacara mencari pasangan bermula. Setelah penguin menemui pasangan yang serasi, mereka akan berdiri kaku dalam masa yang agak lama, keras macam batu. Pelik kan? Kemudian barulah mereka mencari lokasi untuk mengawan.


Apabila ibu penguin bertelur, telur itu akan dipindahkan ke kantung di kaki bapa penguin. Perpindahan dilakukan dengan pantas agar telur itu tidak beku akibat salji. Bapa penguinlah yang akan mengeram telur ini manakala ibunya pergi makan angin. Baik betul bapa-bapa penguin. Ujian utama semasa proses pengeraman adalah ribut salji. Bapa-bapa mithali ini akan duduk berhimpit-himpit seperti orang sedang berbincang. Naik bersalji badan.


Akhirnya bayi penguin pun menetas keluar. Dengan kuasa Tuhan, makanan si anak ada disimpan dalam mulut bapanya. Si bapa akan mengangakan mulut dan si anak akan mematuk.


Selepas beberapa lama, pulanglah ibu-ibu penguin. Kepulangan mereka adalah untuk menuntut hak penjagaan anak. Proses ini mengambil masa kerana si bapa terpaksa dipujuk. Puas dipujuk, barulah anak dilepaskan ke dakapan ibunya. Perpindahan hendaklah pantas kerana si anak belum cukup kuat dan tidak tahan sejuk. Sekarang tugas si ibu pula mengasuh anak.


Saya berasa takjub kerana ibu-ibu ini dapat mencari pasangan dan anak yang betul daripada ribuan penguin yang rupa lebih kurang sama. Padahal si ibu merantau jauh selepas bertelur sebelum kembali menuntut anaknya.


Pengajaran:

1. Setiap makhluk ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Betapa bijaknya Allah menciptakan sedemikian.

2. Binatang pun tahu insitusi keluarga tapi ada manusia yang lebih dungu daripada haiwan.


BERUANG KUTUB


Beruang kutub suka berekreasi di lautan yang membeku pada musim dingin. Timbul masalah apabila musim berubah dan salju mula mencair. Mereka akan tercari-cari jalan ke daratan. Mana-mana beruang yang ada jauh ke tengah laut, ada kemungkinan akan mati tenggelam.


Beuang kutub handal berenang dan menyelam. Namun begitu, jika berhari-hari berenang akhirnya ia akan keletihan dan lemas. Bolehlah kita bina pepatah “sepandai-pandai beruang kutub berenang, akhirnya lemas juga di laut”. Sedih rasanya melihat si beruang berenang berhari-hari, kelaparan dan menaruh harapan untuk menemui daratan.


Teringat saya kisah harimau mengamok beberapa tahun lalu. Beberapa orang manusia diserangnya. Pihak terbabit berjaya menangkapnya tetapi kita pula berasa kasihan. Mengapa? Kerana uzurnya si belang yang parah dan berkudis kakinya ditembak pemburu.


Dalam keadaannya yang uzur, hamba Allah itu tetap perlu makan. Sebelum ini ia begitu gagah memburu makanan di tengah hutan tetapi kini terpaksa menyerang apa saja yang dekat dengannya demi sesuap daging. Sebab itulah ia menyerang manusia.


Bicara tentang hukum alam yang ditentukan oleh Tuhan ini memang sukar dicapai akal fikiran. Kita ambil satu situasi. Kita berada di belantara Afrika dengan senapang di tangan. Tiba-tiba ternampak seekor harimau bintang mengejar sekumpulan kuda belang. Si harimau berjaya menjatuhkan seekor kuda belang. Apa tindakan kita?


Hendak dibiarkan si kuda belang menjadi mangsa, terasa kasihan. Hendak ditembak atau dihalau si harimau, tidak sampai hati pula kerana hamba Allah itu kelaparan dan Allah sendiri yang menentukan makanannya adalah daging haiwan lain. Serba salah juga rasanya.


Pengajaran:

1. Ilmu manusia sangat sedikit. Terlalu banyak perkara yang akal fikiran manusia tidak mampu menilainya. Oleh itu tunduklah kepada Yang Maha Kuasa yang tahu segala sesuatu. Mengapa mudah berasa bijak dan menyombongkan diri?


WALRUS


Walrus mempunyai taring yang panjang, tubuh badan yang besar dan kulit yang tebal. Walaupun pergerakannya lambat di darat tetapi senjata taring dan perisai kulitnya menjadikan ia selamat.


Beruang kutub yang kelaparan cuba mencari anak walrus sebagai hidangan. Namun begitu usahanya tidak mudah. Walrus akan membelakangkan beruang kutub melindungi si kecil dan duduk berhimpit-himpit sambil bergerak perlahan-lahan ke air. Beruang kutub bergantung kepada nasib, cuba mencari kalau-kalau ada ruang yang terbuka. Gigitan, cakaran dan pukulan beruang kutub tidak dapat menjejaskan kulit walrus dewasa. Silap-silap haribulan taring walrus singgah ke muka.


Beruang kutub yang gagal mendapat makanan akhirnya akan mati kelaparan dan keletihan.


Pengajaran:

1. Bersatu dan bahu-membahu dapat menyelamatkan ummah, malah memperkasakannya.

2. Musuh sentiasa berusaha mencari ruang-ruang lompong untuk mencelah masuk dan menjatuhkan umat kita


MANGSA DAN PEMANGSA


Ada ketika Tuhan memberikan kelebihan kepada mangsa. Ada ketika pula Dia memberikan kelebihan kepada pemangsa. Semuanya mengikut ilmu-Nya yang tidak ada sempadan.

Persekitaran bersalji memberikan kelebihan kepada haiwan yang tubuhnya berwarna seperti salji. Ada burung-burung berwarna putih manakala pemangsanya berwarna gelap. Beruntunglah putih ini kerana biasanya pemangsa terlepas pandang.


Namun begitu ada pula pemangsa yang berwana putih seperti rubah, serigala dan beruang kutub. Untung pula pemangsa jenis ini kerana kehadiran mereka suka dikesan oleh mangsa.

Begitulah kerja Tuhan. Ada kala Dia memberi kelebihan kepada kita dan ada kalanya Dia memberi kelebihan kepada pihak musuh. Semua berada dalam ilmu-Nya. Semua adalah gerak-Nya.


Pengajaran:

1. Kita kena bersabar, berdoa dan terus berusaha sewaktu kita dikalahkan Tuhan kepada musuh-musuh kita. Jangan dipertikai kerja Tuhan kerana Dia Maha Mengatur/ Merencana. Pada kesempatan lain mungkin Dia memberikan kelebihan kepada kita pula.


LABAH-LABAH


Saya pernah melihat satu dokumentari tentang sejenis labah-labah. Sewaktu hamil, labah-labah ini akan makan sebanyak-banyaknya hinggakan badannya menjadi gemuk dan besar. Sepanjang tempoh pengeraman, ia duduk diam tanpa makan apa-apa. Sebab itukah ia makan banyak sebelumnya? Bukan!


Ribuan anak labah-labah menetas. Anak-anak kecil ini belum diberi naluri oleh Allah untuk pandai mencari makanan. Jadi apa santapan mereka semasa bayi? Tidak lain adalah tubuh ibu mereka sendiri yang digemukkan oleh ibu mereka sebelum itu. Matilah si ibu demi kelangsungan hidup anak-anaknya.


Sedih betul saya dengan pengorbanan ibu labah-labah ini. Memang saya pernah jumpa ibu-ibu dalam kalangan manusia yang berkorban seperti ini. Biarlah dia tidak makan asalkan anaknya dapat makan. Lapar pun dikatanya sudah kenyang. Belum makan pun dikatanya sudah makan.

Semoga Allah berikan ganjaran yang besar kepada ibu-ibu jenis ini...


Pengajaran:

1. Sudah ada pengajarannya

Wallahualam.



‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’


Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/dijadikan-nya-haiwan-sebagai-pengajaran.html
Back to top Go down
https://lostuniverse.niceboard.com
 
Dijadikan-Nya Haiwan Sebagai Pengajaran
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: RUANG ILMU :: BUMI & PENGHUNINYA-
Jump to: