Kota Cornwallis dan Esplanade
Ketika Francis Light mendarat di Esplanade (sekarang dikenali sebagai Padang Kota Lama), kawasan itu ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan liar dan hutan yang tebal. Francis Light mengarahkan supaya kawasan itu dibersihkan dan dibuat petempatan. Tidak lama kemudian, kawasan itu mula menarik pedagang-pedagang untuk berdagang.
Bagi melindungi petempatan itu, British telah membina sebuah kota pertahanan yang diberi nama Kota Cornwallis. Kota itu sekarang menjadi tempat pelancongan yang menarik di Pulau Pinang.
Pemberian Tanah
Untuk memajukan petempatan baru ini, Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang untuk menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang. Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di situ.
Patung Peringatan
Francis Light diangkat sebagai pengasas Pulau Pinang moden. Oleh kerana itu, pihak British mendirikan satu patung peringatan Francis Light yang kini terdapat di Muzium Pulau Pinang.
Keluarga
Francis Light mempunyai anak bersama-sama dengan Martina Rozells, tetapi tidak pernah berkahwin dengannya secara rasmi. Anak luar nikahnya, Kolonel William Light ialah pengasas Adelaide, Australia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Francis_Light