SEMESTA YANG HILANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Multiman PS3 4.11.rar
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

» Fakta menarik bung
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby swordmaster Mon Mar 07, 2011 7:18 pm

» Fakta Aneh Tentang Einstein
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby swordmaster Sun Mar 06, 2011 12:40 am

» 6 Tingkatan Iman
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeby swordmaster Sat Mar 05, 2011 1:10 pm

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
Sayembara (108)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
Alexanderwathern (88)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
swordmaster (78)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
misspearl (64)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
ibuKA (39)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
ismatai (17)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
why me (10)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
efairy (8)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
indra (7)
Dajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_lcapDajjal Tidak Lahir di Rusia Voting_barDajjal Tidak Lahir di Rusia Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

 

 Dajjal Tidak Lahir di Rusia

Go down 
AuthorMessage
ADMIN
Admin
Admin
ADMIN


Posts : 177
Join date : 2009-06-24
Location : The Lost Universe

Dajjal Tidak Lahir di Rusia Empty
PostSubject: Dajjal Tidak Lahir di Rusia   Dajjal Tidak Lahir di Rusia Icon_minitimeSat Jun 27, 2009 8:45 pm

Saya kadang-kadang pelik membaca berita-berita dalam akhbar tempatan kita. Pertama, sebab ia banyak memuji dan mengampu. Kedua, berita yang dilaporkan kadang-kala boleh dipertikaikan. Contohnya, kes yang dilaporkan tentang kelahiran Dajjal di Rusia tahun lepas oleh Berita Harian. Masing-masing heboh, lebih-lebih lagi di web forum tempatan. Ini artikel asal yang diterjemahkan oleh akhbar kita:

MOSCOW: Seorang wanita Russia dilaporkan melahirkan anak perempuan yang hanya mempunyai satu mata. Bayi ganjil itu melihat dunia dengan hanya satu mata biru besar, bernafas menggunakan belalai yang tumbuh pada dahi sebelum mati, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda, kelmarin.

Salah seorang doktor di Hospital St Petersburg memberitahu akhbar itu, bayi ganjil yang dianggap dajal oleh penduduk setempat dilahirkan oleh seorang ibu normal. Bayi pelik itu mempunyai rambut dan bulu roma tebal, mempunyai satu mata di tengah muka selain satu belalai yang tumbuh di atas matanya.

Ibu yang berusia lingkungan 30-an itu dilaporkan melahirkan bayi yang dikandungnya selama tujuh bulan di rumah kerana tidak sempat ke hospital. Pada awalnya doktor menyangka, belalai pada bahagian atas mata bayi berkenaan adalah zakar tetapi akhirnya mendapati ia adalah alat pernafasan untuk bayi berkenaan.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke sebuah rumah mayat dan pakar forensik melakukan pemeriksaan rapi terhadap mayat berkenan. Menerusi pemeriksaan, doktor mendapati bayi berkenaan mempunyai banyak kecacatan lain yang tidak memungkinkan ia hidup. Ibu bapa bayi berkenaan dilaporkan tidak sanggup melihat bayi berkenaan menyebabkan doktor terpaksa mengawetnya dan menempatkannya di dalam botol yang dipenuhi cecair bahan pengawet.

"Ia satu kejadian pelik," kata pakar bidan, Ivan Rylchikov.


Apa sebenarnya yang berlaku pada bayi itu, yang dianggap 'dajjal' oleh akhbar kita? Saya suspek, bayi itu mengalami sindrom Synophthalmia (fusion of the eyes) atau lebih dikenali di bidang perubatan sebagai Cyclopia (single eye). Ini kerana bayi itu memiliki: Satu mata yang besar (mata dah bercantum), ada belalai (sebenarnya hidung) yang tumbuh di bahagian atas mata, dan mati selepas dilahirkan (bayi Cyclopia tidak dapat hidup lama).

Anda bertanya: Macam mana bayi tu boleh dapat kecacatan ni?
Jawapan: Kecacatan ni berlaku ketika bayi dalam kandungan, iaitu kira-kira minggu ke-19 hingga ke-21 selepas berlakunya persenyawaan. Faktor-faktor yang membawa kepada kecacatan ini ialah pengambilan alkohol ketika mengandung, mutasi pada gene sonic hedgehog (SHH) dan keganjilan pada metabolisma kolestrol yang menganggu perjalanan aktiviti gene SHH tersebut.

Anda bertanya: Jadi, kenapa doktor tu macam bingung pula bila tengok kecacatan tu?
Jawapan: Saya rasa doktor tu mungkin dah lupa penyakit tu wujud di dunia ini. Mana taknya, synophthalmia ni adalah kecacatan yang sangat jarang berlaku di muka bumi ini. Boleh dikatakan hanya beberapa orang doktor sahaja di muka bumi ini yang akan menyambut kelahiran bayi yang mempunyai kecacatan tersebut. Tidak semua doktor akan jumpa kes begini. Doktor itu mungkin pernah belajar tentang kecacatan ini sewaktu belajar, dan mungkin dia sudah lupa.

Kesimpulan: Bayi perempuan itu bukanlah dajjal (Macam mana nak jadi dajjal kalau lahir terus mati??). Berdasarkan laporan versi Inggeris, ia ditulis sebagai Cyclopia. Entah macam mana istilah dajjal wujud bila diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Ini semua bukan masalah jahil ilmu perubatan tapi kurang ilmu linguistik! Boleh baca artikel asal kelahiran bayi itu di sini:

* Versi Rusia
* Versi Inggeris
* Gambar lain bayi yang dapat Cyclopia.


Walau bagaimanapun, saya tidak dapat memastikan sama ada gambar bayi dalam laporan itu adalah bayi yang dikisahkan. Sila tanya mereka.

http://hembusan.blogspot.com/2005/11/dajjal-tidak-lahir-di-russia.html
Back to top Go down
https://lostuniverse.niceboard.com
 
Dajjal Tidak Lahir di Rusia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mengapa Lelaki Tidak Suka Solat Berjemaah?
» Tempat Keluar Dajjal
» Dajjal, Freemason, Illuminati, dan Amerika
» Logo Olympiad 2011 agenda Dajjal?
» Cara Dajjal Cari Imam Mahdi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: RUANG ILMU :: AKHIR ZAMAN-
Jump to: