SEMESTA YANG HILANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SEMESTA YANG HILANG

Agama - Sejarah - Masa Depan - Alam Semesta
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» KINTRAL CATRALA
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby rejoipan Wed Mar 19, 2014 12:11 am

» Multiman PS3 4.11.rar
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby wesydor Wed Feb 19, 2014 6:15 pm

» Heavy Fire Shattered Spear Crack Toornet
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby wesydor Tue Feb 18, 2014 8:02 pm

» Novel Islamik PANAH SIDI ARAB
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby Alexanderwathern Wed Dec 07, 2011 2:33 am

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby Abelard Mon Aug 01, 2011 5:47 pm

» Players Share: Quest TERA fatigue and spell system, game
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby Abigail Mon Jul 25, 2011 12:21 am

» Wangian Hikmah Al-Ghazali (Syarah Ihya' 'Ulumiddin)
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby Alexanderwathern Tue Mar 22, 2011 8:03 pm

» Benua Atlantis ditemui di Sepanyol
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby misspearl Tue Mar 15, 2011 12:37 am

» Brahma Dan Nabi Ibrahim
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby misspearl Sat Mar 12, 2011 11:10 am

» Produk Terkini Aiskrim Susu Ibu
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 11:24 pm

» Materi yg Hilang Di Alam Semesta Ditemui
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby misspearl Fri Mar 11, 2011 8:45 am

» Meneliti Hadis Syarik dalam Sahih Muslim
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby Alexanderwathern Thu Mar 10, 2011 12:56 am

» Fakta menarik bung
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby swordmaster Mon Mar 07, 2011 7:18 pm

» Fakta Aneh Tentang Einstein
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby swordmaster Sun Mar 06, 2011 12:40 am

» 6 Tingkatan Iman
Sape Buka Melaka? Icon_minitimeby swordmaster Sat Mar 05, 2011 1:10 pm

Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ADMIN (177)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
Sayembara (108)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
Alexanderwathern (88)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
swordmaster (78)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
misspearl (64)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
ibuKA (39)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
ismatai (17)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
why me (10)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
efairy (8)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
indra (7)
Sape Buka Melaka? Vote_lcapSape Buka Melaka? Voting_barSape Buka Melaka? Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

 

 Sape Buka Melaka?

Go down 
AuthorMessage
ismatai
ANGKASA RAYA
ANGKASA RAYA
ismatai


Posts : 17
Join date : 2009-07-24

Sape Buka Melaka? Empty
PostSubject: Sape Buka Melaka?   Sape Buka Melaka? Icon_minitimeSat Jul 25, 2009 1:25 am

SIAPAKAH YANG MEMBUKA MELAKA?

Oleh anaianai

Penjajahan oleh Belanda dan Inggeris telah menghapuskan banyak bukti-bukti sejarah di negara kita. Diantara yang hilang ialah sebuah kerajaan melayu Islam iaitu Benua Islam Siam Nagara Kedah. Kerajaan ini bukan sahaja tinggal nama malah hilang dari pengetahuan orang-orang Melayu dan pengkaji sejarah tempatan. Penjajah Inggeris telah menukar nama kerajaan ini kepada wilayah jajahannya yang dinamakan Malaya.

Hari ini sebagai sebuah bangsa yang merdeka, haruskah kita menerima bulat-bulat nama ini, nama warisan penjajah yang memperkecilkan kebolehan bangsa kita. Dalam usaha mereka kearah itu, dibesarkan cuma pada nama sahaja, Melayu di inggeriskan menjadi Malaya, padahal wilayah dan jajahan maharaja dari bangsa kita ini telah menjadi kecil. Raja-raja daerah dulu yang bersubahat dengan Inggeris terlalu mementingkan diri sendiri, hanya melihat pada daerah mereka untuk berkuasa dan mendapat punca kekayaan setempat. Ada diantara mereka telah bersubahat dengan Inggeris yang menyediakan dana secukupnya untuk kegiatan itu.

Tanpa diketahui oleh raja-raja daerah yang bersekongkol ini Inggeris pula menjalankan usaha mereka dengan skop yang lebih besar, dengan ‘networking’ yang jauh lebih menyeluruh. Peperangan mereka di Eropah menjadi ukuran bagi mereka membahagikan tanah jajahan dirantau ini, padahal tanah dan wilayah ini bukan dari turun temurun milik mereka. Ia milik bangsa melayu yang telah menjalankan usaha perniagaan dan pembentukkan ketamadunan yang tersendiri semenjak tahun 800 masihi lagi. Untuk itu generasi kita hari ini yang celik sejarah perlu mengkaji semula sejarah bangsa kita dari kacamata kita, melalui perkembangan agama islam yang merupakan identiti bangsa melayu itu sendiri.

Melaka dikatakan dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 dan kononnya putera raja Majapahit tanpa memberi bukti asal usul keturunan dan salasilahnya. Kefahaman kita mengenai sejarah ini adalah kerana kita membaca buku-buku yang ditulis dizaman Inggeris menjadi penjajah. Akan tetapi bukan Inggeris yang menulis sejarah Melaka sebegini kerana Inggeris datang terkemudian, selepas Portugis dan Belanda tidak banyak yang merka tahu ketika itu. Penulis sejarah ini tak lain dan tak bukan ialah Marhum Melaka, Raja Kota Setar yang melarikan diri ke sana dari Kedah kerana bersubahat membunuh Maharaja Benua Islam Siam, Khalifah Sharif dalam tahun 1821.

Kini saya mula mengerti kenapa Inggeris merampas manuskrip Undang Undang Kedah di Kota Bruas dahulu. Ia mudah sahaja kerana segala 'check and balance' ada tertulis didalamnya, lantas boleh menjejaskan penulisan palsu mereka. Pada masa yang sama, budak pembantu Stamford Raffles, Munsyi Abdullah tak habis-habis mengutuk orang melayu ini. Pelayarannya ke Kelantan, menurut pengamatannya mengatakan orang-orang Kelantan ini malas! Bagi saya kemusnahan manuskrip melayu yang dihantar oleh Raffles ke England dalam kapal Fame yang terbakar merupakan satu konspirasi sejarah bagi melupuskan sejarah bangsa melayu itu sendiri.

Melalui pengkajian saya, Parameswara ini merupakan gelaran atau ‘title’ bagi seseorang dan bukan nama sebenar. Sejarah Myanmar (dulunya Burma) menggunakan nama Paramaraja bagi gelaran raja siam islam yang bergelar Boromoraja. Pada masa itu Toung Oo di Burma adalah sebahagian daripada kerajaan Siam Islam menyebabkan mereka juga merekodkan dalam sejarah mereka. Sejarah di Thailand pula sukar dirujuk sepenuhnya kerana mereka tetap berpegang kepada keturunan bangsa Siam adalah mereka walaupun dari 33 Maharaja Dinasti Ayuthia yang mereka agongkan hanya 3 sahaja makam terdapat disana. Untuk pengetahuan semua pembaca, 30 makam-makam yang tidak diketahui tersebut berada di Kepulauan Melayu.

Sejarah kita hari ini mengatakan bahawa Melaka sebagai sebuah pelabuhan perdagangan telah dibuka dalam tahun 1400 oleh Parameswara. Inilah kefahaman kita pada hari ini semenjak kita mula mempelajari sejarah di sekolah dahulu. Nama Sultan Muhammad Syah ada disebut tetapi di ganjakkan waktu pemerentahannya ke tahun 1424, selepas Parameswara membuka Melaka. Dia juga disebut sebagai anak Sultan Iskandar Syah.

Undang Undang Kedah, menceritakan sejarah yang sama tetapi pada waktu yang jauh lebih awal seperti berikut,

“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri melaka pada zaman purbakala itu, jika kanak-kanak itu sekalipun nakhoda itu kerana sudah teradat boleh diketahui didalam laut dan dalam jong baluk itu; hubaya hendaklah segala orang didalam jongnya itu berbuat takut dan malu kepadanya; hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas kerana hukum dibawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang di laut dan yang didarat, wallahualam”. Undang Undang Kedah, ms88

Mengikut pengkajian saya Sultan Muhammad Syah yang disebut sebagai Duli yang di Pertuan diatas, didalam bahasa Siam Islam bermaksud Nara Suan. Baginda memerintah dari tahun 1201-1300 dimana perniagaan melalui perdagangan telah pun berkembang dengan begitu pesat sekali. Ini tidak menghairankan kerana perkataan Malaka dalam bahasa Siam Islam bermaksud, ‘marilah niaga’ dan perkataan Melayu pula bermaksud, ‘marilah duduk sini’.

Di zaman baginda, wang perak telah pun digunakan dalam setiap transaksi perniagaan.Duit syiling perak/emas yang tertanam bersama tembikar yang ditemui di Pulau Langkawi adalah dari zaman baginda memerintah Negara Kedah. Pada permukaan duit tersebut tertera perkataan ‘Muhammad Syah, Al Sultan Al Qadah’ . Duit syiling yang bersaiz duit syiling 5 sen hari ini ada dipamerkan di Muzium Negeri Kedah di Alor Setar. Melalui Undang Undang Kedah, hari ini kita mengetahui bahawa baginda bukan saja menjadi Sultan Nagara Kedah malah baginda juga memerentah Melaka dan bergelar Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

M . Junus Djamil ada mengatakan bahawa Sultan Muhammad Syah ialah Sultan Negeri Melaka yang pertama. Ini bermakna jajahan Benua Islam Siam Negara Kedah Pasai Ma telah mula meluas ke Nusantara selaras dengan perkembangan syiar Islam. Tidak mungkin 100 tahun akan datang Melaka baru nak dikenali kerana ia sudah pun di sebut 100 tahun lebih awal. Baginda berlayar hingga ke Parsi untuk mendalami agama Islam, berkahwin dengan Puteri Raja Parsi disamping mengerjakan ibadah haji dan disetiap pelayaran itu baginda akan singgah di Pulau Sandra Baba Kiyai(Sri Langka). Dalam bahasa Siam, San-dra-baba-kiyai bermaksud, ‘persinggahan-duduk-tok ayah-alim’.


RUJUKKAN
1. M Junus Djamil, “Silsilah Tawarich Radja-Radja Keradjaan Atjeh” stencil 1968 hlmn. 4 seperti yang dikatakan oleh Dr. Wan Hussein Azmi dalam “Tamaddun Islam di Malaysia hlmn.137
2. Maryam Salim, “Undang Undang Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
3. Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, Waris Mutlak Maharaja Siam Islam Kedah, 2006
4. Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987.
5. Barbara Watson Andaya, "Malacca," in: The Encyclopedia of Islam, new edition, (1991)
6. Charnvit Kasetsiri, The Rise of Ayutthaya: A History of Siam in the Fourteenth and Fifteenth Centuries, Kuala Lumpur, 1976.
7. Leonard Y. Andaya, "The Search for the 'Origins' of Melayu," in: Journal of Southeast Asian Studies, vol. 32, no. (October 2001).

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/siapakah-yang-membuka-melaka.html
Back to top Go down
 
Sape Buka Melaka?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sebab Sebenar Kejatuhan Melaka

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SEMESTA YANG HILANG :: SEJARAH :: SEJARAH SEMENANJUNG EMAS & NUSANTARA-
Jump to: