Anak perempuan yang bernama Hermione (baca: Ermaini) itu mabuk. Temannya, Neville, menyiapkan botol minuman. Ron Weasley, si rambut merah, sedang mencicipi anggur memabukkan. Sedangkan Harry Potter berpesta khammer (khamar) dengan guru-gurunya.
Itulah salah satu gambaran yang mendominasi setiap filem Harry Potter, termasuk juga keluaran terbarunya, Harry Potter and The Half Blood Prince. Alkohol menjadi pemandangan yang cukup serasi. Dari satu gambar ke gambar yang lain, semua karakter di Harry Potter terlihat begitu dekat dengan minuman keras, baik para murid atau pun guru-gurunya sendiri. Ketika sedih ataupun gembira.
Filem yang diangkat dari novel karya J.K. Rowling dengan judul yang sama ini memang berjalan seiring usia para pemegang wataknya sendiri. Tidak seperti pada siri pertamanya, filem (dan novel) Harry Potter ke-6 ini sama sekali bukan filem keluarga. Banyak adegan percintaan yang muncul, seperti ciuman dan kehidupan dugem karakternya di kelab-kelabmalam. Namun pemandangan minum khammer itu sangat kasar. Di filem-filem sebelumnya memang ada juga, namun dalam filem ini, levelnya jauh meningkat.
Dalam salah satu adegan, Harry, Ron, dan Hermione berpesta bir di pub, dan Hermione mengakhirinya dengan teler berat dan pulang dengan terpaksa dipapah oleh kedua teman laki-lakinya.
Inilah yang kini dikhuatirkan oleh para orang tua di AS dan Barat sana. Liz Perle, ibu dari dua orang anak dan pemimpin redaksi Common Sense Media yang intens membahas isi web dan filem yang ditujukan untuk anak-anak, mengatakan bahawa menegok alkohol dalam filem Harry Potter begitu mekanik. Ertinya ia memang disusun sedemikian rupa. “Hermione adalah seorang gadis belia yang ketat, namun ia bebas minum khammer.” Ujarnya, “Pesannya sangat jelas, khammer membuat anda berani meletakkan tangan anda pada lelaki yang anda kenal.”
Orang tua lainnya juga berpikiran sama. Daniel Isaacs, seorang pelaku dalam industri iklan di New York, berkata, “Nilai-nilai universal Harry Potter bukan budaya kita. Mencoba meletakkan norma-norma AS tahun 2009 pada filem sangat bodoh.”
Para pendidik mengingatkan para orang tua tentang (bahaya) edukasi alkohol dalam Harry Potter, baik filem ataupun novelnya. Barat dan AS memang mempunyai perbezaan dalam urusan menegok bir. Misalnya, Brirain membolehkan anak 18 tahun untuk minum. Tahun 2007, sebuah kajian di Jerman menyatakan 5,600 remajanya kecanduan minuman akibat doktrin dari filem Amerika.
Warner Brothers, yang mengeluarkan filem ini, mengatakan bahawa adegan mabuk dalam filemnya memang mengundang banyak interpetasi. “Kami hanya mengikuti senario yang ditulis Rowling.” Demikian pernyataannya melalui e-mel. Sedangkan Rowling sendiri menolak untuk berkomentar.
Alison Turner, seorang ekspatariat Britain yang memiliki perniagaan internet di Florida, AS, mengatakan, “Konteks filem ini tidak nyata. Tak ada sekolah sebenar, guru sebenar, ataupun murid sebenar. Jadi, minum bir itu juga bukan sebenar. Saya kira, bahkan anak-anak tidak tahu apa bir itu sesungguhnya.” (sa/nyt)
http://satuumat.blogspot.com/2009/07/harry-porter-promosikan-arak.html