Dan Megat Ngah Mustafa beranakkan Megat Abdul Kadir dan Alang Adam dan Megat Muran Muhammad Ali.
Maka Puteri Jelusul bersuamikan Sharif Hitam Besar beranakkan Syed Ahmad dan Syed Dahim.
Dan Pandak Muhammad Ariff saudara Abdul Karim berperempuankan Teh Mimun berankkan Maimunah dan Pandak Muhammad Ariff juga berpermpuankan Ngah Madiah beranakkan Muhammad Taib.
Ada pun Tuan Puteri Bulan anak Megat Mutabar bersuamikan Toh Menteri Syed Shamsuddin Chegar Galah bergelar Toh Puan beranakkan Sharif Pandak Ahmad dan Siti Sulung Chu dan Siti Alang Maimunah dan Sharif Hitam Kecil Bebal Akal Shahid.
Ada pun Siti Sulung Chu bersuamikan Sharif Aman beranakkan Syed Latih – beristerikan Siti Aminah beranakkan Syed Abdullah dan Sharifah Masih. Maka Syed Latih juga berbinikan Saadiah beranakkan Syed Akil dan Siti Jeliah dan Syed Salleh – berperempuankan Puteri Chu beranakkan Siti Ngah Rafeah dan Syed Jamaluddin dan Siti Andak.
Maka Syed Jamaluddin beranakkan Sharif Khalid – beristerikan Siti Ngah Tanjong berankkan Sharif Ali dan Siti Sharifah Sabun dan Siti ?
Maka Siti Sabun berlakikan Hitam Talib beranakkan Meor Alang Pelus. Shahdan adapun Siti Alang Maimunah berumah tangga akan Meor Hasan beranakkan Meor Hussin dan Ngah Mai Salamah dan Alang Mai Ensah dan Meor Idris dan Meor Yunus Habib Perak.
Ada pun Sharif Pandak Ahmad beristerikan Chik Teh Kiwi Binti Seri Adika Raja Toh Sendaralu beranakkan Syed Mahmud Orang Kaya Besar Sultan Ismail dan Siti Mariam dan Siti Fatimah dan Siti Hitam dan Syed Abdul Samad dan Syed Isa dan Syed Muhammad dan Siti Jamilah.
Maka Orang Kaya Besar Syed Mahmud beristerikan Che Puteh Fatimah Binti Che Ngah Lahmat Kaya beranakkan Tengku Syed Mansur dan Siti Sharifah. Kata khabar ada Syed Mahmud beristeri lain beranak juga. [Syed Jamaluddin beristerikan anak Imam Paduka Tuan Raja Haji Yahya]
Maka Siti Mariam bersuamikan Panglima Bukit Gantang Toh Muda Ngah Abdul Ghafar Bin Panglima Bukit Gantang Alang Iddin beranakkan Kulop Saiyid dan Mai Ngah dan Mai Alang dan Meor Pandak.
Ada pun Sharif Hitam Kecil Bebal Akal itu beranakkan Siti Ngah dan Siti Alang dan Siti Andak. Maka Siti Ngah beranakkan Meor Ali dan Siti Alang beranakkan Siti Long dan Siti Ngah. Adapun Syed Abdul Rahim dan Siti Ensah berumah tangga akan itam Kasima anak Tuan Haj Muda beranakkan Mai Halimah dan Mai Alang dan Meor Jaafar.
Maka Syed Dahim saudara Syed Ahmad itu beranakkan Syed Ali dan Syed Ibrahim.
Adapun Megat Merusin saudara Toh Puan Bulan itu beranakkan Puteri Long Sirat dan Megat Salleh. Puteri Long Sirat bersuamikan Megat Abdullah anak Toh Seri Maharaja Megat Mansur beranakkan Puteri Zainab dan Puteri Ngah Mina dan Megat Uda Mustafa Imam Sementa Kuala Kenas. Maka Puteri Ngah Mina bersuamikan Megat Inu anak Toh Nara Tior Megat Kassim berankkan Megat Uda Jaafar Assistant Penghulu di Kuala Kenas dan Megat Ismail dan Seri Nara Suri Puteri Uteh dan Megat Pandak.
Maka Megat Uda Jaafar beristerikan Long Fatimah dan beranakkan Puteri Ngah Aishah dan Puteri Puteh dan Megat Abdul Majid. Adapun Megat Salleh saudara Puteri Long Sirat itu beranakkan Megat Hassan dan Puteri Jelusul dan Puteri Ngah Tipah dan Puteri Mariam dan Puteri Santan Betapiah. Maka Megat Hassan itu berankkan Megat Muhammad dan Megat Ngah Mahmud.
Adapun Megat Abdullah anak Toh Seri Maharaja itu beristerikan Puteri Long Sirat anak Megat Merusin beranak tiga yang telah tersebut dulu itu dan lagi Megat Abdullah itu juga berperempuankan Che Teh beranakkan Puteri Tijah dan Puteri Andak Fatimah dan Megat Uda Pendia dan Puteri Hajjah Hawa.
Maka Andak Fatimah bersuamikan Hitam Ismail beranakkan Long Tipah dan Kulop Muhammad dan Chu. Maka Long Tipah bersuamikan Megat Uda Jaafar itulah tersebut dahulu itu. Maka Megat Uda Pendia saudara Puteri Andak Fatimah itu beristerikan Puteri Halimah anak Megat Hassan yang tersebut dulu itu beranakkan Puteri Zahra dan Megat Muhammad Ali dan Megat Ahmad kerani Raja Muda Idris dan Hajjah Hawa saudara Megat Pendia itu bersuamikan Toh Muda Alang Wan Abdul Wahid Penghulu Kota Lama sekarang.
Shahdan Megat Abdullah juga berbinikan Alang Lampi beranakkan Puteri Aminah.
Sebermula adalah Toh Meor Megat Muhammad beristerikan anak Tok Kaya Muda beranakkan Megat Kassim Toh Nara di Tior dan Orang Kaya Besar di Senin. Maka Megat Kassim Toh Nara Tior itu beristerikan anak Penghulu Masjid Toh Sabar berankkan Megat Inu yang telah tersebut dahulu itu dan Orang Kaya Besar di Senin itu beranakkan Megat Daha – beranakkan Megat Panjang Kundang Sultan Ismail masa Bendaharanya dan Megat Uda.
Maka Megat Uda itu berperempuankan Ngah Kuari itu anak Itam Lembik dengan Haji Abdullah Jawa. Maka Megat Uda dengan Ngah Kuari itu beranakkan Megat Saman.
Bermula adalah Orang Kaya Besar di Merua beranakkan Megat Bisnu – beranakkan Megat Idris.
Megat Buang Beranakkan Puteri Andak Pok dan Megat Pendia dan Megat Muhammad. Adapun Puteri Andak Pok bersuamikan Tok Kemala di Batu Gajah beranakkan Long Sara dan Ngah Hajar dan Muhammad. Maka Long Sara itu bersuamikan Haji Imam Abdul Kadir Anak Long Teh Kampung Gajah dengan Haji Muhammad Salleh Layang-Layang. Maka Long Sara dengan Imam Haji Abdul Kadir itu berankkan Ngah Zulaikha dan Andak Safiah dan Abdul Manaf dan Teh Salmiah Majnun dan Hitam Khatijah. Adapun Haji Abdul Manaf berperempuankan Chu Nurmiah beranakkan Long Khamsiah – Long Khamsiah bersuamikan Uda Muhammad Akil anak Long Osman dengan Long Saemah. Maka Long Khamsiah dengan Uda Muhammad Akil beranakkan Muhammad Ali Nyior dan ??
Maka Teh Salmiah Majnun bersuamikan Toh Muda Wan Alang Abdul Wahid Penghulu Kota Lama sekarang berankkan Long Seri Kemala dan Alang Kamariah. Maka Long Seri Kemala bersuami akan Megat Muhammad Ali anak Megat Uda Pendia yang tersebut dulu itu beranak dua orang perempuan.
Adapun Puteri Mariam saudara Puteri Andak Pok itu berankkan Noteh dan Churiah bersuami pula seorang iaitu Laksamana Toh Abdullah Tok Gemok beranakkan Che Uda Manum – berlakikan ?? beranakkan Long Hawa – berlakikan Uda Perlu anak Alang Kundang beranakkan Teh Aminah dan Puteri Yam juga berlaki lain beranakkan Long Madya dan Ngah Mada. Adapun Noteh anak Puteri Mariam berank seorang dan Chu Riah saudara Noteh itu beranakkan Long Tikah dan Ngah Rifah dan Alang Abdul Rahman dan…
Bermula adalah Megat Menjanas Toh Seri Nara Diraja beristerikan anak Seri Nara Diraja Pandak Geluk beranakkan Megat Dagang dan Puteri Andak Bulan. Maka Megat Dagang beranakkan Megat Putera dan Megat Ngah dan Megat Uda dan Megat Pandak dan Megat Panjang. Adapun Megat Putera beristerikan Teh Penuh anak Long Puasa anak Seri Paduka Busu Ayan dan Puteh Indam Maka Megat Putera dengan Teh Penuh itu beranakkan Puteri Alang Rias dan Megat Uda Omar dan Megat Tugok dan Megat Ngah saudara Megat Putera itu berperempuankan Long Mura Saudara Haji Uda Adam Penghulu Lambor masa orang Puteh beranakkan Ngah Mariam dan Teh Madiah dan Pandak Dusaman Maka Megat Uda Saudara Megat Putera Beranakkan Puteri Long dan Puteri Ngah Embun dan Megat Uda Lmbor dan Megat Pandak Saudara Megat Putera itu berperempuan Itam Seri anak Seri Dewa Maharaja Che Ahmad beranakkan Megat Alam dan Megat Panjang dan Megat Panjang saudara Megat Putera berperempuankan Anjang Gedung saudara Teh Penuh beranakkan Megat Ibrahim.
Maka Megat Ibrahim itu beristerikan Teh Karang binti Toh Timor dan yang seorang namanya Teh Tiwan binti Pnjang Ismail. Maka Megat Ibrahim dengan isterinya Teh Karang itu beranakkan Megat Abdul Jalil dan Puteri Tijah dan Puteri Alang Safiah dan Megat Uda Mamat dan Megat ?? dan Puteri The dan Puteri Chu dan Lagi Megat Ibrahim juga dengan isterinya Tiwan itu beranakkan Megat Ahmad.
Sumber/Source: MS 40333(2) SOAS, London.
http://www.norhidayah.org/megat/salasilah.html