| Siapa Megat Terawis? | |
|
|
Author | Message |
---|
ADMIN Admin
Posts : 177 Join date : 2009-06-24 Location : The Lost Universe
| Subject: Siapa Megat Terawis? Sat Jun 27, 2009 6:58 pm | |
| Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Dia merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak. Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), berkahwin dengan anak Sultan Muzaffar Shah II of Perak, iaitu Raja Shah Alam Sayong.
Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah (I) dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan. Sultan Muzaffar Syah menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban, dan disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.
Sejak hari itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak ke-15 (1756-1770) Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerah bawar jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah raja.
Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Gajah , Perak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah. | |
|
| |
ADMIN Admin
Posts : 177 Join date : 2009-06-24 Location : The Lost Universe
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Sat Jun 27, 2009 6:59 pm | |
| Keturunan Sesetengah ahli keluarga Megat Terawis yang terkanal kini termasuk: * Dato' Seri Dr Megat Khas Bin Megat Omar * Dato' Megat Yunus Bin Megat Mohd Isa * Dato' Seri Megat Jaafar Bin Megat Yunus * Tan Sri Megat Junid Bin Megat Ayub http://ms.wikipedia.org/wiki/Megat_Terawis | |
|
| |
swordmaster BIMA SAKTI
Posts : 78 Join date : 2009-07-11
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Tue Jul 28, 2009 11:56 pm | |
| Megat Junid pandai bersilat ke? | |
|
| |
Andi DI BUMI
Posts : 4 Join date : 2009-09-29 Age : 66
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Tue Sep 29, 2009 2:47 pm | |
| Salam, Saya ingin bertanya perbezaan antara Megat Terawis dengan Megat Teraweh, adakah mereka orang yang sama atau tidak? | |
|
| |
indra DI UDARA
Posts : 7 Join date : 2009-09-30
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Wed Sep 30, 2009 1:37 pm | |
| Assalamualaikum Salam perkenalan buat semua. | |
|
| |
ADMIN Admin
Posts : 177 Join date : 2009-06-24 Location : The Lost Universe
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Wed Sep 30, 2009 9:05 pm | |
| Salam Andi & Indra. Selamat menjelajah ruang sebuah alam semesta yang telah hilang... | |
|
| |
indra DI UDARA
Posts : 7 Join date : 2009-09-30
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Thu Oct 01, 2009 10:50 am | |
| Assalamualaikum, Salam juga buat saudara/saudari admin.Pertanyaan anda terlalu subjektif dan memerlukan beberapa sudut untuk menjawabnya.Saya tak tahu nak guna sudut mana tapi kalau saya dan saudara andi bergabung,insyaallah akan terjawab soalan saudara/saudari.. | |
|
| |
indra DI UDARA
Posts : 7 Join date : 2009-09-30
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Thu Oct 01, 2009 11:08 am | |
| Assalamualaikum, Oh ya,saya terlupa pula nak tanya ,Daulat Pagar Ruyung yang disebut ni tak kan tak ada nama khasnya.Memandangkan baginda adalah raja yang berdaulat tak baik kita memanggilnya dengan gelaran sahaja. | |
|
| |
misspearl SISTEM SURIA
Posts : 64 Join date : 2009-06-27
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Thu Oct 01, 2009 10:18 pm | |
| - swordmaster wrote:
- Megat Junid pandai bersilat ke?
Bersilat dlm gelanggang politik | |
|
| |
misspearl SISTEM SURIA
Posts : 64 Join date : 2009-06-27
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Thu Oct 01, 2009 10:27 pm | |
| - Andi wrote:
- Salam,
Saya ingin bertanya perbezaan antara Megat Terawis dengan Megat Teraweh, adakah mereka orang yang sama atau tidak? Not a same person? Really?... So who is the real bendahara of Perak? Terawis or Teraweh? | |
|
| |
misspearl SISTEM SURIA
Posts : 64 Join date : 2009-06-27
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Thu Oct 01, 2009 10:28 pm | |
| - indra wrote:
- Assalamualaikum
Salam perkenalan buat semua. Salam Indra. Nice 2 meet u. | |
|
| |
selili DI BUMI
Posts : 1 Join date : 2009-11-09
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Mon Nov 09, 2009 9:09 pm | |
| salam tuan rumah. jumpa pula andi wajo dan keraing datu indra. tak ada orang lain ke nak tanya. kawan nak mencelah sikit nak tanya tuan rumah. makam megat terawis di kampung gajah tu adakah memang benar makam megat terawis? kawan di fahamkan puak megat sendiri pun tak pasti adakah ia makam megat terawis yang datang sama sama dengan sultan muzafar shah 1 dari kampar. habis tu makam megat terawis yang mana pula. kawan nak minta kepastian.......... | |
|
| |
ibuKA ANGKASA LEPAS
Posts : 39 Join date : 2009-10-08 Age : 45 Location : KL
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? Thu Nov 12, 2009 1:49 pm | |
| Makam Megat Terawis (yang digazetkan oleh kerajaan Malaysia) terletak di Mukim Pulau Tiga, Daerah Perak Tengah. Kalau ikut jalan lama, dari Kompleks Sejarah Pasir Salak, seberang sungai melalui jambatan. Kemudian belok kirI menghala ke Utara. Pastikan anda melihat di kiri jalan kerana ada sign board 'makam megat terawis ß 300m' di copypaste dari . http://www.norhidayah.org/megat/soaljawab.htmlp/s bestnya dorang ada persatuan keturunan Megat Terawis lagi. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Siapa Megat Terawis? | |
| |
|
| |
| Siapa Megat Terawis? | |
|